Saturday, February 12, 2011

mencari..menanti..menyerah...

Salam berhujung minggu..
Alhamdulillah…mlm khamis lps, berpeluang pergi ke program pertama anjuran PMKI smpena kempen “Sempurnakanlah Auratmu”..dan mlm tu jgk ada forum tntg NIKAH KHITBAH- perkahwinan di alam Kampus..Alhamdulillah..bnyk ilmu yg diperoleh…+++ ahli2 panel mlm tu best…antaranya Ust.Badlishah, Ust.Abd Halim n Ustzh (lupa plak name dia..pnjg sgt n jarang dgr..hehehe)

Tetiba..sy tertanya pd diri ni..perlukah aku mencari cinta atau menanti datangnya cinta itu sendiri atau menyerah semuanya tentang cinta dan jodoh itu kepada ALLAH???? kerana jujurnya..sy akui, masih belum bertemu seseorang yg benar2 membuat hati sy berkata "inilah jodohku"...yg blh membimbing sy serta zuriat keturunan sy di jalan yg diredhai n diberkatiNYA... InsyaALLAH...jodoh yg ALLAH dh tulis n tertulis di sana adalah yg terbaik... 

NIKAH KHITBAH~ semua tahu ape mksudnya???  menurut  masyarakat kita, ia bermaksud "nikah gantung".. kalau sy nk cerita kat sini memg bnyk tntg nikah Khitbah..so utk kefahaman lbh lagi..blh la rujuk di sini ya...al-ahkam atau nikah khitbah ~ solusi masalah cinta remaja..

dh bersedia ker??
Alhamdulillah, diri sy kini x terjebak dlm masalah ini... msh xterdesak utk berkahwin ketika ini...dan rasanya..blum masa utk berfikir tntg ini lg kot.. cuma sy bnyk berdoa mga Allah kurniakan sy seorg lelaki yg baik, yg blh menjadi seorg suami yg soleh kpd sy, ayah yg baik kpd anak2 sy n yg blh membimbing kami semua di jalan yg diberkati n diredhaiNYA..InsyaAllah..  


Bukn memilih atau cerewet..n bukn lah diri ini sempurna mana pun utk mencari yg sempurna...cuma mencari sesuatu yg terbaik utk menjamin kehidupan yg baik di dunia n di akhirat... n perlu kita tahu.. perkahwinan itu bkn sahaja sbgi tuntutan Allah bg mereka yg mampu n sbgi sunnah Rasulullah S.A.W selain mencapai matlamat sebenar tuntutan perkahwinan itu..tetapi adalah untuk saling melengkapi antara satu sama lain... melengkapi mana yg kurang n yg baik antara suami n isteriitu...InsyaALLAH kebahagiaan itu akan terbina n berkekalan...

Antara pengisian malam itu yg sy perolehi :

-persediaan ke alam perkahwinan
  • ilmu pgtahuan
  • perasaan tggungjawab
  • bijak dlm pengurusan masa
  • rasa hormat yg tinggi antara satu sama lain
-3 kunci yg perlu ada utk bakal seorg suami sblm memiliki anak orang.. hehehe.. InsyaALLAH.. terjamin kebahagiaan yg di bina.. renung2kan...
  • Kunci rumah
  • Kunci pejabat
  • Kunci kenderaan


“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”~an-Nuur;26


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...