Monday, November 15, 2010

~ Jomm ToPup Amal ~

Sabda Nabi saw:
“Tiadalah hari yang lebih disukai Allah untuk beribadah kepadanya dari hari-hari 10 pertama Zulhijjah yang menyamai puasa setiap hari seperti puasa sunat dan qiam setiap malam seperti qiam pada malam lailatul Qadr”. (Tirmizi di dalam bab Puasa: 758 dan Ibn Majah: 1728)


Di dalam satu riwayat:
“Puasa pada hari Arafah pahalanya menyamai puasa selama dua tahun, puasa pada hari Asyura menyamai puasa selama setahun”. (Ahmad: 307/5 Sahih)


Sabda Nabi saw:
“Seafdal-afdal doa ialah pada hari Arafah dan seafdal-afdal apa  yang aku katakan, aku dan nabi-nabi sebelum aku ialah: Tiada Tuhan melainkan Allah semata-mata tiada yang sekutu bagiNya”. (Al-Muwatta’ kitab al-Quran hlm 188, Tirmizi di dalam ad-Dakwat: 3585)

Berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah.

1 ZULHIJJAH : kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa 
berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya. 


2 ZULHIJJAH : doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun. 


3 ZULHIJJAH : doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.


4 ZULHIJJAH : Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat.


5 ZULHIJJAH : Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur. 


6 ZULHIJJAH : Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab. 


7 ZULHIJJAH : pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.  Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan. 


8 ZULHIJJAH : Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail.  Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.  Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui. 


9 ZULHIJJAH :  turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat.  Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan.  Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu).  Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan  Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. 


10 ZULHIJJAH Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih).  Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli  keluarganya.  Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.




Kenangan Hari Raya Aidiladha 2008~ Korban at rumah Simpang Renggam...
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...