Friday, October 29, 2010

...Ohh..JuMaaT...

Selamat Hari Jumaat

“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”  Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah RA


Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”


“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” - Hadith Riwayat Muslim.


Dalam hadith lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdhal daripada hari Jumaat.”


“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mu'min apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” - Hadith Riwayat Tirmizi.


Ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan pada hari Jumaat:

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.”

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu”

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.”

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Kelebihan hari Jumaat serta ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam:
  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat. Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah SWT dan Para Malaikat AS mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah SWT mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah RA.
  • Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah SWT mengkifarahkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada hari Jumaat, mudah dimakbulkan Allah SWT.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...